Local Community Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal

Sebanyak 36 buah kampung boleh dijumpai disekitar dan didalam Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal. Data Populasi daripada 3 daerah pentadbiran dan 10 mukim disekitar Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal menunjukkan peningkatan populasi seramai 133,000 orang sejak tahun 1991. Komuniti orang asli yang dominan didalam Rizab ialah komuniti dari suku Jah Hut dan Che Wong, yang tinggal berdekatan dengan mukim Jendera, bahagian timur rizab.

Terdapat 10 kampung dan penempatan orang asli didalam Rizab iaitu Kg. Seboi, Kg. Pian, Kg. Penderas, Kg. Paya Mendoi, Kg. Paya Rekoh, Kg. Paya Pelong, Kg. Lubuk Wong, Kg. Kuala Terboi, Kg. Berdut, dan Kg. Pasu. Untuk komuntiti selain orang asli, terdapat beberapa penempatan dan kampung. Diantara kampung-kampung tersebut adalah Kg. Bolok Hulu and Hilir, terletak dibahagian selatan rizab, Kg. Ulu Cheka, Kg. Damak, Kg. Tengah, Kg. Perlok, Kg. Pekan Sehari, and Kg. Tanjung Puteri, terletak di bahagian timur laut rizab; dan Felda Lembah Klau, terletak dibahagian barat rizab.

Semua kampung tersebut terletak didalam lingkungan 15 kilometer rizab. Pihak Jabatan PERHILITAN dibawah program Biodiversity Protection and Patrolling Program (BP3) melantik sebilangan orang asli daripada komuniti di sekitar rizab sebagai sebahagian daripada program konservasi untuk menunjukkan kepentingan dan peranan komuniti setempat sebagai penjaga hutan disekitar komuniti mereka.[4]